~..The future belongs to those who believe in the beauty of their dreams..~

.. sila tinggalkan jejak..

Monday, February 2, 2009

marah??

Imam Ghazali berkata:

"Kemarahan manusia bermacam-macam. Sesetengahnya
lekas marah, lekas tenang dan lekas hilang. Sesetengahnya lambat marah,
lambat pula redanya. Sesetengahnya lambat akan marahnya dan lekas pula
hilangnya. Yang akhir inilah yg terpuji."

Tapi bagaimana Rasulullah saw apabila beliau marah? Kemarahannya adalah
kerana kebenaran, ertinya kerana kebenaranlah baginda melahirkan
kemarahannya. Tetapi dengan cara sopan, sesuai dengan do'anya ini,
iaitu:

"Aku pohonkan kepada Engkau kalimat
kebenaran pada masa marah dan suka."

Maksudnya, Rasulullah saw tidak berkata kecuali yg benar saja sama ada
waktu marah atau waktu tidak marah. Kemarahan Rasulullah saw kerana ada
perkara yg tidak disukai yg menyalahi dari yg benar sebagaimana yg
diajarkan agama atau yg terang-terang dilarang oleh agama.

[Kitab Matan al-Arba'in - Sheikh Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Syirfu
al-Nawawi]

No comments: