.. sila tinggalkan jejak..
Wednesday, February 25, 2009
..ni lab ke tempat gig??..
Tuesday, February 24, 2009
..hari ini..
erm.. xda menda yang nak tulis ari nih.. buhsan + sedih yang melanda hatiku...
bukan aku minta perasaan ini hadir..
bukan jua ku memohon utk menetapkan semua ni..
aku terkeliru dengan perlakuan ku..
adakah benar selama ini yang aku lalui?
berikan aku kekuatan agar aku bisa berdiri..
berikan aku ketenangan agar aku bisa lalui semua ini..
berikan aku keyakinan agar aku mampu menoleh kebelakang tanpa rasa takut..
berikan aku.. erm.. andai aku mampu minta pada kalian..
aku ku minta..
terima kasih pada yang sudi memahami diri ini..
note : aku kepingan utk menakluki hidup ini dengan tenang.. mampukah aku??
Friday, February 20, 2009
..pecah masuk??..
herm.. dah bape ari aku xcorat coret kat sini.. ase cam xda idea n malas nak taip.. hohoho.. ni pun sebab aku bawa laptop p kampus.. hahaha memang pelik la.. 1st time in this sem aku bawa laptop p campus.. hahaha kalu x jangan harapla.. last sem aku ada bawa bukan aku blaja pun wat menda lain.. kalu nak wat assignment aku wat kat umah or hostel.. baru ada feel nak buat.. xdala rimas n susah kalu nak makan.. hahaha
aku bawa ni sebab aku kurang percaya dengan keselamatan yang ada kat ostel aku tuh.. ntahlah sejak akhir2 nih terlalu kerap berlakunya kecurian kat ostel aku tuh.. sasaran utama laptop n hp.. kalu ada beg duet bersepah pun lum tentu dia nak amek.. actually kes nih dah berlaku waktu minggu lepas.. xsangka plaks la berlarutan sampai minggu nih.. yang paling menyakitkan ati aku nih.. si pencurik bodoh tuh pergi buat kat aras aku.. huh.. tp xdapat tangkap.. ntah camne.. aku xletak pun kerusi depan bilik aku tuh.. selalu aku letak.. niat ati aku xnak letak.. ntah cam ne.. bile nak lelap kan mata je (kire cam mamai lah..) aku dengar ada orang ketuk pintu bilik aku.. aku sedar setelah dia ketuk bilik laen.. aku cam pending la.. dengar bunyik bising2 n ketuk pintu aleh2 senyap.. aku pun just senyap jew la..
reason aku senyap sebab sebelum nih aku penah blaja sijil dlu.. aku da dengar perkara yg sama.. bile aku tanya kawan2 aku dia xdengar.. aleh2.. waktu kat ostel yg aku duduk skrg nih berlaku cam tuh.. seb baek roomate aku dgr skali.. aku pun cam pelik n tertanya2.. last2 ada announcement soh bdk2 kuar bilik skrg ni.. nak xnak aku pun bangunla.. kul 2lebey tuh.. mana nak tahan mata nih.. aleh2 aku kena jadi guard kat aras aku masa derang nak p check bilik ke bilik.. aku dengan kawan aku nih dah menggigil ketakutan.. aku terpikir balik.. knp aku perlu takut dengan dia.. dia bukan ada senjata pun..bukan hantu.. bile aku dah yakinkan roomate aku tuh.. dia pun xbranila sket.. hohoho
aku memang bengang dengan budak tuh.. ari selasa buat ari rabu pun nak buat.. tapi semalam ada bacaan yassin.. aku harap mangkuk tuh terima la balasannya.. aku ase sedey gak la.. bile budak2 ni memerlukan aku.. aku xda nak tlg.. kalu aku dapat mangkuk tuh memang kena la dia..cam s**** tul.. to dak2 bilik yang kena aras aku.. aku minta maaf sebab aku xdapat nak tlg korang time tuh..
teringat balik masa mule2 kejadian.. masa tuh ari ape aku xingat.. tp yg pastinya.. masa tuh aku ngah berborak kat depan lif dengan kawan aku by phone.. memang aku ngah marah dia.. aku ase dia x p aras aku sebab dia dengar aku ada kat aras tuh.. dia p wat aras laen plaks.. erm.. masa kejadian kat aras aku.. aku memang penat sangat.. sebab esoknya aku ada kelas dari kul 10.30am - 930pm.. ada latihan pro comm sekali.. lepas kejadian first2 kat aras laen aku secara automatic nya buat rukun tetangga sendirian.. memang tanggungjwb aku la kan.. aku xkesah derang xnampak aku wat.. asalkan aku taw aku ada wat.. tapi xda lah sampai ke bilik kejadian.. cuma masa ari selasa aku study n p toilet wat2 xtdow lagi.. segala perbuatan aku.. aku buat kasar supaya malam tuh aras aku selamat.. tapi xsangka bila aku letih sangat2 aras aku kena.. memang sedihlah.. hohoho
aku harap sangat2 pencurik tuh terima balasan yg setimpal dengan perbuatan dia... semua pun berharap mcm tuh.. hohoho
sekrg nih sowang2.. buhsan..jap lagi ada latihan.. sabtu nih ada persembahan.. hahaha seb baek x amek part solo.. kalu x sure aku malu gile nanti.. hahaha k la.. kite sambung ari laen oke.. hohoho.. sekian...
wassalam..
note : minggu ini minggu yang memenatkan dan menyakitkan.. harap kalian bersabar yea..
Tuesday, February 17, 2009
..kepercayaan..
Saturday, February 14, 2009
..10 tabiat yang menyebabkan keroskan otak..
1. Tidak mengambil sarapan pagi - Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih makan - Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
3. Perokok - Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh menga kibatkan penyakit 'Alzheimer'.
4. Penggunaan gula yang berlebihan - Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran udara - Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Terlebih tidur - Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
7. Menutup muka ketika tidur - Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat - Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Kurang berimiginasi - Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
10. Jarang berfikir - Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.
..hari maksiat sedunia..
hohoho ari nih hari semaksiat sedunia.. hahaha bak kata kawan akula.. sediakan kondom nak p meraikan.. ada ke patut kata cam tuh kat aku.. mana mungkin aku celebrate kot ari nih.. nak memperingati kekaseh konon.. hahaha kekaseh pun xda.. hahaha yelah sangat memperingati kekaseh.. ntah2 kekaseh pun xingat kat kite.. yelah.. kunun2 nak rai kan.. aleh2 laen jadinya.. hahaha kalu ingat kekaseh kunun2 ari nih.. maknenye ari laen xleh la gaknye kan.. hahahahaha vudus...
selamatlah aku xterjerumus ke menda2 mcm nih.. menyemakkan kepala jew.. hahaha erm.. aku xleh nak tulish manyak2 nih.. mak apak aku dah bising soh mandi siyap2 p tgk umah baru.. hahaha
okelah.. setakat ni dulu.. ada masa.. aku taip merepek2 lagi oke.. buibui..
sekian, wassalamm...
note : rumah baru?? barulah sangat.. hahahahaha
..tq cik comel..
hehehe menda nih dah lama.. tapi aku baru je terbukak menda nih ari nih.. sebabnye aku baru dapat taw menda nih setelah membelek2 page kawan aku nih.. thanks to cik comel sebab kasi adiah tuh.. tq sangat2.. walhal aku xtaw nak amek adiah tuh cam ne.. hahahaha
nih la adiah dari cik comel.. hehee tq cik comel.. hehehe cam cik comel juga rupenye.. hehehe
erm.. ada lagi.. aku lewat amek semua tuh.. ni dia kasi award menda ape ntah.. aku trima je la.. thanks kembali cik comel... aku harap cara aku nih betul la aku amek adiah nih.. hahahahaha
wah... pada hal aku xtaw kot menda2 cam nih.. ada gift.. ada plaks award.. hahaha bile tgk balik cam pelik jew.. hehehe anyway.. thanks cik comel.. hehehehe
sekian, wasssalam..
note : kesengalan berlaku sebab baru guna blog nih.. hahahaha
..tabiat wanita melalui hari lahir mereka..
Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.
SELASA
Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.
RABU
Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, tak pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang2 tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta. Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara.
KHAMIS
Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.
JUMAAT
Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat teristimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.
SABTU
Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa2 dan dilakukan dengan kelembutan.
AHAD
Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2 diri. Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata2. Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya tinggi tapi apabila tak dapat kepuasan cari jalan lain.
note : aku hari ape?? kamoo taw?? hahahaha
..rahsia ciuman lelaki..
hehehe disini disertakan sekali.. hahaha skema.. sempena hari buat maksiat (valentine) kata kawan aku sorang tuh.. aku kasi korang cam tips sket la.. Panduan-panduan di bawah ini akan membolehkan para isteri mengetahui dan mengenali serba sedikit perangai dan kelakuan si suami melalui cara ciumannya. enjoy guys.. hehehe
a). Mata Tertutup
Lelaki jenis ini terdorong kepada suka berfantasi tatkala beliau mencium isterinya. Lelaki ini juga adalah jenis lelaki yang romantik
dan mudah menjadi mesra dalam perhubungan.
b). Mata Terbuka
Lelaki jenis ini pula akan berhati-hati dalam meluahkan emosinya.
Lelaki jenis ini mempunyai kecenderungan untuk mengongkong sesuatu perhubungan.
c). Cium dengan kuat
Lelaki jenis ini cuba menutup kelemahannya dengan mendominasi atau mengongkong apa yang akan dilakukan isterinya.
d).Cumbuan Lidah
Cumbuan jenis ini mengiringi sifat keghairahan yang tinggi.Lelaki jenis ini juga cenderung untu mengongkong isterinya apabila dia menusuk masuk lidahnya ke kerongkong si isteri.Jika si suami ini membenarkan isteri untuk memasukkan lidah ke dalam mulutnya , maka lelaki ini mempunyai sifat bertolak ansur dengan isterinya.
e). Cium sambil membelai manja
Lelaki jenis ini tahu akan kuasa seksual yang sebenarnya. Iaitu melalui kelembutan dan kehalusan. Lelaki ini penyabar dan peka tentang dan terhadap kemahuan anda. Beliau juga dapat menawarkan apa yang disukai oleh si isteri. Jenis suami ini adalah matang dari segi seks dan juga emosi.
Perkara-perkara diatas hanyalah panduan , ia tidak semestinya betul kerana ia tidak termaktub didalam Al-Quran dan hadis.
note : xsabar nak kawen~~!!
Friday, February 13, 2009
..yang terlewatkan??..
dimana kau selama ini
bidadari yang ku nanti
kenapa baru sekarang
kita dipertemukan
sesal kan tiada arti
karna semua tlah terjadi
kini kau tlah menjalani, du du du du du
sisa hidup dengannya
mungkin salahku melewatkanmu
tak mencarimu sepenuh hati
maafkan aku
kesalahanku melewatkanmu
hingga kau kini dengan yang lain
maafkan aku
jika berulang kembali
kau tak akan terlewati
segenap hati ku cari, du du du du du
dimana kau berada
walau ku terlambat
kau tetap yang terhebat
melihatmu, mendengarmu
kau lah yang terhebat
erm.. bile hayati balik.. lagu nih mcm kena dengan aku ler.. yelah.. mencari dah dicari aleh2 milik orang lain.. hahahaha ntahlah.. malas nak serabut2 kan kepala aku nih.. aku ase aku dah strong enough skrg nih.. asalkan dia xku temui and xku ketahui mcm ne keadaan dia.. hahaha malaslah nak pk2 nih.. wat serabut jew.. penat je tunggu bertahun2.. hahaha abaikanlah.. nanti susah sangat nak dapat soh je mak apak aku cari.. hahaha senang idop aku.. hahaha sengal kan.. hahaha
kerja minggu ini sangat banyak.. hehehe java, algo, network security, math and pro comm.. hahaha memang malas nak wt sumua tuh.. xda idea n x da mood.. ase cam nak berhenti pun ada gak.. ntahla.. sejak akhir2 nih jiwa aku kacau bilau.. ase hidup xtenteramla.. mcm ne la nak handle semua nih.. huhuhuhu erm.. malas nak tulis.. sekian.. hahaha
note : semakin hari aku semakin pulih dan boleh berdiri tanpa melihat dia.. thanks god.. hehehe
Tuesday, February 10, 2009
..Kehidupan..
Monday, February 9, 2009
..1st love..??
erm.. sebut pasal 1st love nih.. aku teringat 1st love aku.. hehehe masa tuh aku sekolah rendah lagi.. dalam darjah 4 aku ase.. hehe masa tu mana la aku kenal erti cinta2 nih.. hehehe dia nak kapel aku sebat je la terima.. teringat masa zaman2 dlu... zman kanak2.. hahhaha bercinta pakai surat.. hahahaha teringat aku masa tu aku kena dok dalam kumpulan.. dia dok tempat aku.. aku dok tempat dia.. ntah cam mane.. bile aku balik tempat aku ada satu kertas dibalut2 dengan kecil pastu ada bunga kat atas kertas tuh.. hahaha bunga bukan bunga ros.. bertuah la aku dapat bunga ros dari dia masa kecik2 dlu.. hahaha bunga sekuntum, daun n pasu bunga.. hahahaha tu memang basic bunga la kalu soh budak2 kecik lukiskan.. hehehehe
dulu dia nih payah kalu sape2 nak dekat dengan dia.. bile kawan2 nak pinjam buku.. xda sorang pun dia benarkan.. reasonnya.. dah belajar buat sendiri.. hehehe tp aku pelik.. masa tuh dia lum kasi surat berbunga tuh.. aku saje2 nak pinjam buku dia.. xsangka dengan semudah tu dia kasi.. bukan subject susah pun.. subject jawi je.. so senang sangatlah.. hehehe bile dia dah kasi aku pun amek je la.. bile balik mak aku tanya.. ni buke sape.. aku pun cakaplah.. "ni buku Man mak.." mak aku tanya.. "kenapa amek buku Man..??" dengan selamba aku pun jawab.. "saje je mintak kat dia.. dia kasi.. owang ameklah.." hahaha memang xleh bla siyot.. hahaha leh cakap cam tuh dengan mak aku.. hehehe dia budak pandai dlu.. selalu dapat top 5 dalam kelas.. aku nih xdala.. memang bawahla.. heheehe dia anak guru penolong kanan 2.. hahaha xsangka beb.. hehehehe
masa pun berlalu.. sampai aku darjah 5.. hamper 1thn gak la aku berdiamkan diri.. xda sape pun taw hubungan kami.. ntah cam ne.. hubungan kami.. diketahui oleh kakaknye.. bile aku ngah maen2 dengan kakak dia.. kakak dia sound.. "intan nih bercinta dengan adeq akak Man eh.." aku terdiam.. sebab aku takot.. aku diam je.. kakak dia pndang daring je.. mule2 xnak ngaku.. aleh2 dia cakap.. satu keluarga dah taw.. mak pun dah taw.. aku xleh nak cakp ape dah.. terdiam je aku mampu.. hehehehe
so dengan sepantas kilat aku pun amek keputusan nak minta break.. hahaha dia xnak.. tapi aku yg nak.. sebabnye satu je.. aku takut dengan kakak dia masa dlu.. sebab kakak dia taw yang aku dengan dia kapel.. sebab tu aku minta putus.. n sekarang baru dia taw sebab kenapa aku minta putus dengan dia.. hahahaha aku ingat lagi masa tuh dia masuk acara lumba lari.. dia ngah berlari.. kwn aku bagi semangat.. bile time aku..dia xnak pandang pun.. sebabnye dia terluka dengan aku.. hahahaha
masa berlalu dengan pantas.. hamper 13thn aku putus hubungan dengan dia.. bukan kerana aku xnak contact dia.. cuma aku takut nak berdepan dengan dia.. walhal mak aku ada kasi taw dia dok mane..cume aku tg terlampau takut dengan keadaan.. dah 13thn hubungan tu berlalu.. dia contact aku masa aku sunyi n xda sape2.. aku xtaw itu dia.. even aku pernah dapat taw yang dia ada contact kawan baek aku.. tp aku takut nak hubungi dia.. aku pendamkan semua gelodak kat hati aku nih.. aku yakin dia akan cari aku semula..
dengan izinNya.. dia cari n contact aku semula.. aku terkedu.. terdiam n xmampu nak kata ape2 dah.. bile aku tanya bile nak kawen.. jawapan yang diberikan.. aku lambat lagi.. bile aku dah brain wash dia.. barulah dia ngaku dia dah bertunang.. pergh.. memang terkejutlah.. 1st love aku dah nak kawen.. dia ingat semua kenangan aku.. mana mungkin aku lupakan dia even aku ada orang lain.. begitu juga dengan dia.. dia ingat lagi tentang surat yang ada bunga, jumpa aku tepi pagar rumah aku, lepak2 degan aku n mcm2 la.. Ya Allah.. aku terkesima.. aku tetiba jadi sedih..kenangan lalu mengingatkan aku semula kepadanya.. baru ku tahu betapa payahnye nak menyintai orang lain selain selain dari cinta pertama kite.. bukan aku nak bercinta semula dengan dia.. cuma aku agak terkejut bile dia contact n ingat semua semula kenangan2 aku dengan dia.. dan membuatkan aku jadi serba salah..
dia kata tunang dia mcm aku juga.. aku kaget.. ntahla.. aku bukan sedih dia bertunang.. cuma aku sedih dia ingat semula kenangan aku dengan dia.. hamper 13thn kenangan itu dan masih segar dalam ingatan dia.. aku bermohon dan berharap supaya mereka berdua bahagia sehingga ke akhir hayat.. dunia akhirat.. x sangka ape yang aku rasa selama nih dia pun merasakannya.. dia agak terkilan kerana berjumpa dengan aku agak lambat.. aku bukan jauh darinya.. dulu aku sentiasa dekat dengannya cuma aku xberkesempatan nak bertentang mata dengannya.. bila dia dah bertunang barulah dia dapat contact dengan aku.. bile dia cerita semua kenangan tuh, aku spt terasa aku masih disitu.. sehinggalah aku mengakhiri dengan salam barulah aku sedar air mata aku turun.. aku dapat rasa dia sedih seperti aku.. mungkin menangisi seperti aku jugak.. ntahlah...
minggu depan dia nak datang kl anta tunang dia then nak jumpe dengan aku.. aku jadi xkeruan.. dia sendiri tanya kenapa dengan aku.. aku jadi xtentu arah.. serba salah yang mengiringi diri, malu dengan sikap aku dan sebagainya.. dia mencari aku sekian lama.. begitu jua aku.. cuma dia xtaw macam mane aku mencari dia.. n aku xkan beri tahu sama sekali dengan dia.. jodoh dia dengan tunang dia lagi kuat berbanding aku.. "knp aku jumpa ko slps aku bertunang?? aku baru je bertunang sebenarnya.. xsampai sbulan.." OMG~~!!! aku terkedu.. slh aku ke sebab x amek no dia masa aku jumpe kawan baek aku.. salah aku ke sebab x kejar dia bile dia selisih dengan aku.. dia xbanyak berubah.. aku je yg banyak berubah.. ntahlah.. ape yg dapat aku lakukan just doa utk kebahagiaan mereka.. mungkin aku akan datang bile dia kawen nanti.. xda sebab utk aku xdatang..
ku terfikir sejenak.. eloklah aku berjumpa dengan dia sebelum aku hembuskan nafas aku yg terakhir.. sebab itu yg aku mahukan selama ini.. insan yang selama ini kucari.. dah kutemui tapi bukan milikku.. dia seperti mengetahui rahsia hati ini.. mana mungkin aku akan hancurkan kebahagiaan orang lain.. itu bukan aku.. aku pernah merasakan betapa sakitnya insan yang aku sayang diambil orang..
erm.. k la.. aku kusut.. aku harap bile aku bangun semuanya akan berjalan seperti biasa tanpa kesedihan..
wassalam..
note : andai dapat ku undur masa.. mahu putar masa silam aku agar aku dapat perbetulkan semuanya dan dapat bahagia bersamanya utk selama=lamanya.. andai aku mampu..... :(
Sunday, February 8, 2009
..kek..
erm...ari nih ari ahad.. sok ari isnin.. pejam celik pejam celik dah nak ari ahad.. cepatnye masa berlalu.. hehe sedang asyik memikir yang bukan2.. aku ada satu web nih.. memang cara la.. sape2 nak make delivery ke.. leh la ke page nih.. hehehe ada aku sertakan kat tepi2 page aku.. hehehe aku bukan ape.. aku nak make delivery nih senang sket.. yelah orang yang nak sambut besday tuh agak sibuk dengan kerja.. leh dikatakan dia tuh pencinta kerja yg sejati la.. kalu aku tanya je kat mana.. dia sure jawab... "aku kat opis.."pergh.. memang gile dasyat la orang nih.. jarangla aku tanya kat mane jawapan yg diberikan kat umah.. bley dikire dengan jari.. hehe public holiday pun keja.. pergh.. gilek ah.. untung sape dapat dia nih bai.. tekun bekerja..
berbalik pasal web tuh.. aku ada pilih kek.. hehehe nak kasi kat dia.. semua aku nak make delivery je.. hahaaha eventhough dia cuti b4 besday dia.. aku ase make delivery jela.. sama ada dia xnak kuar dengan aku or dia kuar dengan orang laen.. hahaha besalah.. susah berkawan dengan orang yang rupe cantek sangat nih.. jadi rebutan.. hahaha aku nih cukupla teman dari jauh.. hahaha even dia xda bile aku sedih n x ingat besday aku.. xpelah.. aku sebagai kawan rapat dia dlu.. ingatkan je la.. dlula.. dulu aku pernah berkawan rapat dengan dia... hahahaha
oke.. lets see the cake.. nyumi..nyumi..nyumi..
pergh.. sedapkan kek2 diatas.. nyumi.. nyumi.. ase nak makan je skrng nih.. hahaha aku harap orang yang terima nih sudilah terima.. hehe hadiah lain.. dirahsiakan.. nanti terbongkar identiti.. hahahahaha
erm.. semalam sepupu aku dtg.. hehehe semenjak dah bertunang nih.. gatainye semakin le nampak.. hehehe sepupu aku amek master kat uitm.. tunang dia sekampung dengan dia.. umah dia kat gelung pepuyu.. kire dekat je umah dia dengan umah tunang dia tuh..kire 1 bote kiri tuh la.. hahaha aku mana taw kawasan sana.. datang pun sekejap2 je even mak apak aku orang sana.. kalu lepak pun skrg nih lepak kat sri iskandar.. abg aku ada kat sana.. bab kwsn tu memang fail la.. penah sekali abg aku drive kat kampung aku nak cari rumah pakcik aku.. masing2 sesat.. ahahaha lawak gile.. last2.. jawapannye tunggu kat rumah.. kah kahkah..
berbalik pasal sepupu aku nih.. dia nih datang je rumah aku.. cakap rindu dengan tunang dia.. dia agak stress gak la sebab ada masalah dengan tunang dia.. tp still bercakap.. bile dah jauh rindu.. bile depan mata xleh nak bla.. hahaha mcm nih la agaknye kan kalu orang bercinta.. payah sungguh.. leh plaks dia kata nak miow2 dengan aku.. ingat aku ape.. kucen?? miow2 dengan tunang sendiri dah la.. aduyai.. parah sungguh sepupu aku nih.. hahaha erm.. mcm nih la gaknye orang yg tengah hangat bercinta kan.. hahaha jawapannye memang xleh nak bla la dengan aku.. hahaha aku ni kalu cakap lembut xdapat dibayangkan la mcm ne.. kalu kawan aku dgr sure kena bahan.. hahaha taw sangat dah.. hahahaha
k la.. nak out dlu.. hehehe nak membelek2 adiah yg patut dihantar kepada kawan aku nih.. jumpe lagi.. bye2..
wassalam..
note : indah ke bile bercinta nih? jawab sket..
Saturday, February 7, 2009
..sedeynye ari ini..
erm.. ntahla.. aku xtaw la.. aku ase sedey je bile aku terdengar zikir nih.. teringatkan aku pada seseorang.. yea.. pada seseorang yang banyak tlg aku dalam susah.. bile aku menjauhkan diri.. dia semakin dekat dengan aku.. erm.. pauahnye hidup mcm nih.. aku teringat dia nyanyi zikir kat aku bile aku start membebel kat dia.. hehehe memang lawakla.. hehehe dia nak soh aku senyap.. pastu soh aku ikut... bile aku ikut dalam hati dia kata aku xwat.. mule la bergaduh balik.. hehehe memang kelakarla bile teringatkan balik..
semalam sebelum balik shah alam.. aku call dia.. soh dia nyanyi.. dia xnak.. dia plaks soh aku nyanyi balik.. aku nyanyi la lagu heal the world..hahaha amek ko.. kesian.. hehehe pastu baru dia nyanyi tuk aku.. kesimpulannye bile aku sedih ke, xda mood ke.. dia la yg aku call tuk hiburkan hati aku ni.. hehehe dia sampai gaduh2 aku suh dia nyanyi.. hahaha bile dia nyanyi aku tenang.. aku gembira.. aku senang.. aku selamat.. ketenangan yg sukar utk dicari..walaupun sekejap... sekarang nih aku tgk dia dah semakin berubah.. aku sedih.. kami xmacam dlu.. sedihnye....
ni la lagu yg dia selalu nyanyikan.. wlaupun banyak beza... tp rentak tuh sama.. hehehe
note : i miss him.. :(
..sabtu..
erm.. lama gak xtulish kat sini.. yelah kat sana xda internet.. nak wat kat library mana mungkin kot.. hahaha xnak mengexposekan diri ada blog.. hahaha itu hari dah kantoi dengan member aku.. aku ada blog.. hahaha menjawab sudah.. hahaha
isnin lepas bile aku balik ostel perkara x leh nak bla adalah.. ASRAMA aku banjir.. hahaha yg peliknye aras 1 plaks tuh.. aras aku.. bile balik aku tgk cam pelik la kenapa kat entrance masuk penuh dengan air.. aku pun masuk cam besa.. bile dah naik atas aku tgk budak2 aras aku ngah mencedok air... ada yg guna gayung.. ada yg guna penyedok sampah.. ada yg guna baldi.. ada gak yg guna penyapu sebab nak air tuh p tempat lain.. dengan pernuh dengan perasaan serba salah aku pun tanya... knp nih? derang pun jawabla.. nih banjir.. bilik sebelah punye lubang dah tersumbat.. pergh.. semua tanya.. ketua aras mana.. hahaha bile aku dgr.. aku nak tergelak pun ada.. mana x nya.. ketua aras xbertanggungjawab.. hahahaha memang xleg bla sape yg calon kan aku tuh.. memang menyampah wei... nak xnak kena terima plaks.. aduyai...
kutipan bulanan xwat lagi.. hahaha memang malas ketua aras nih.. hahahaha mcm ne nak kutip.. kadang2 aku balik dah malam... nak mandi.. nak itu nak ini.. bile aku free dah kul 11pm.. confirmlah semua dah tdow.. dari sehari ke sehari.. x wat2 gak.. hahaha tgklah aku balik isnin nih mcm ne.. aku kutiplah kalu aku rajen.. hahahaha kalu xrajen.. alamatnye.. sampai ujung sem la baru aku nak wat... hahahaha
minggu nih memang banyak keja.. banyak masalah.. aku pun pelik.. kadang2 aku terpikir.. kenapalah aku nih ringan sangat nak membantu kawan2... yelah.. xsalah nak bantu.. tapi kawan aku nih hanya perlukan aku baru nak datang.. so aku pun just tlg cam besa.. sampai kawan aku kata.. "intan.. jangan kasi **** kat lelaki.. derang nih cakap je nak settlekan tp sampai bile? jangan intan.. jangan..." pergh.. ayat tue memang terngiang2 lagi kat telinga aku nih... thanks sara sebab sedarkan aku dari khayalan nih.. kalu ko xnasihat sungguh2 aku ase aku sure leka.. thanks sara.. sayang ko.. erm.. bile pk balik... betul kata sara.. aku xpatut wat mcam tuh..
skrg ni aku masih mencari2 idea.. mcm ne nak larikan diri dari dia.. hehehe tp macam besalah.. dia tetap cari aku.. aku sebenarnye banyak terhutang budi dengan dia tuh.. dia banyak tlg aku disaat aku perlukan kawan.. mana mungkin aku leh nak wat kawan aku mcm tuh.. dah 2x kejadian yg sama aku wat n aku cari dia jugak even dia ngah keja.. seb baek dia ada.. n leh tlg aku.. kalu x.. sure aku dah mati n telinga aku nih dah bernanah kena sound dengan manusia berkenaan.. hahaha ntahla.. aku pening fikirkan.. sebab dia kat sana sowang2.. family dia xtaw dia kat sana.. awek dia pun xtaw dia kat sana.. dia just cakap kat awek dia.. dia p kursus.. kat mak dia pun sebab nak soh matikan stem.. kalu x, dia xnak kasi taw mak dia.. erm.. berat sungguh masalah nih.. aku jadi serba salah... sama ada tlg dia or x..
aku penah uji dia.. hasilnye x memberangsangkan... tu yg aku pk hampir 100x nak tlg dia ke x.. ntahla.. aku cuma berharap.. biarlah ia habes dengan sempurna n cepat.. aku xnak hidup dalam belenggu cam nih.. xpela.. aku xda bf pun xpa.. tp janganlah ada masalah dalam hidup.. aku xnak.. hehehe
erm.. k la.. makin aku lama kat sini.. makin banyak cte aku akan story pasal dia... cukup hanya dia dan aku je yg taw ape yg kami lakukan.. pada kawan2 yang kasi support nak sedarkan aku.. thanks guys.. korang dah banyak nasehatkan aku.. cume aku je yg xnak dgr... hehe k la.. bye2..
wassalam...
note : berharap semuanya akan berakhir dengan kegembiraan dan kebahagiaan sehingga hujung nyawa.. amin..
Monday, February 2, 2009
..new spec..
Assalamualaikum pembuka bicara..
hehehe saje nak tayang spec baru.. o0o0o0o yeah.... hahahaha
..pilih yang mana satu..
1. Suami sering merasa hina diri (inferiority complex) terhadap isteri.
Isteri tidak melayannya dengan sepatutnya, maklumlah sibuk dengan tugas dan sibuk melayan orang lain. Suami selalu tinggal sendiri. Kalau isteri ada di rumah pula dia merasai berhadapan dengan orang besar, yang dihormati ramai, maka masakan mudah baginya untuk mengajak isteri bermesra-mesra dan melayannya dengan baik. Kerana itu hiduplah suami dalam keadaan kesunyian selalu dengan rasa rendah diri. Kebahagiaan bersuami isteri dan berkasih sayang tidak akan terasa lagi.
2. Oleh kerana isteri biasa mengarah-arahkan pekerja bawahannya atau orang ramai maka tentu dia terbawa-bawa ke rumah, yakni suka mengarah suaminya. Apa lagi kalau suaminya berjawatan kecil, sepertilah orang bawahannya. Maka dalam keadaan apa pun suami, akan rasa hina diri. Mengalah sajalah suami. Ikut sahaja apa isteri kata. Kalau pun kadang-kadang ia tidak suka dengan perkara itu, ditekan-tekan rasa. Pendeknya jadual rumahtangga akan diatur oleh isteri.
Kita balik kampung bang.
Kita keluar bang.
Malam ini jangan kacau I bang, I letihlah, dan sebagainya.
Bila suami ajak ziarah emak di kampung, dia jawab, Saya ada mesyuarat esok, tak boleh cuti!
Kadang pula suami ajak pergi kenduri kahwin, dijawab, I ada appointment petang ni.
Sewaktu-waktu pula suami ajak ke bilik tidur dia jawab, I nak siapkan speech untuk esok. Abang masuklah dulu!
Isteri jadi tuan. Suami jadi khadam. Orang yang tidak tahu mereka itu suami isteri akan menyangka suami itu orang gajinya.
3. Isteri sentiasa keluar. Siang keluar, malam keluar. Bila balik, sudah letih. Maka suami akan menjadi orang bujang. Ada isteri macam tidak ada isteri. Sebab dia tidak dapat miliki isteri itu. Hanya boleh dipandang-pandang, boleh dipegang-pegang sekali-sekali. Tetapi tidak boleh dikawal mengikut kehendak suami.
4.Oleh kerana isteri ada jadual sendiri dan ada pandangan sendiri, maka selalunya arahan suami akan dibahas dan dipertikaikan. Suami jarang merasai isterinya taat padanya. Pun jarang si isteri meminta keizinannya untuk melakukan sesuatu.
5. Isteri tidak rasa bersandar hidup dengan suami. Biasanya seorang isteri bergantung hidup, nafkah dan tanggungjawab pada suami. Tetapi kerana isteri berjawatan, ia rasa lebih dari suaminya, maka isteri tidak lagi bersandar pada suami. Ia tidak memerlukan apa-apa dari suaminya; tiada istimewa dan tidak ada kelebihan apa-apa untuk dia bersandar hidup. Hatta kalau suaminya menceraikannya pun dia tidak rasa bimbang apa-apa. Maka dia berani buat apa yang disukainya terhadap suaminya.
B. Kalau isteri lebih pandai dari suami maka:
1. Isterinya akan membuatkan suami sentiasa rasa hina diri dan rendah diri, kerana isterinya akan banyak mengajarnya. Bukannya suami mendidik isteri tetapi berlaku sebaliknya. Kalau suami buat apa-apa yang silap atau tidak tepat selalulah kena komplen atau diketawakan oleh si isteri. Hendak marah atau hendak merajuk pun takut pula kena leter dengan isteri, maklumlah isteri bijak. Al hasil suami sentiasa rasa diperkecil-kecilkan oleh isteri. Dirasa dirinya sentiasa rendah di samping isterinya. Kasih sayang dan kebahagiaan yang layak bagi seorang suami tidak dapat dirasainya lagi.
2. Isteri tidak yakin dengan sikap, cakap dan arahan suami, maka dengan sebab itu dia tidak boleh taat pada suaminya. Kalau taat pun hanya atas dasar patuh.
3. Isteri berani untuk mengarah, menentang dan marah-marah pada suami. Si suami pula, kerana selalu rasa dikalahkan, tidak akan boleh mengawal keadaan begini, maka terjadilah suami mengikut kata isteri, suami ikut cakap isteri. Hidup suami diatur oleh isteri.
4. Suami tidak akan memberi apa-apa maklumat dan tunjuk ajar pada isteri, disebabkan dia rasa malu pada isterinya yang lebih pandai darinya. Oleh kerana kebiasaan isterinya menyanggahnya maka dia bimbang kalau-kalau maklumat atau ceritanya akan disanggah lagi atau dipandang kecil oleh isteri. Kerana itu selalunya isterilah yang banyak cakap, suami menurut saja. Ertinya suami belajar dengan isteri.
5. Kemuncak dari itu, ialah suami takut untuk membuat arahan atau permintaan pada isteri. Tegasnya suami akan takut pada isteri.
C. Kalau beristeri cantik dan isteri sedar dan bangga dengan kecantikannya,
maka suami akan selalu kalah dengan kehendak isteri. Si suami pula suka akan kecantikan isteri, dia menyayangi isterinya atas dasar isterinya cantik. Maka jadilah keadaan di mana segala kehendak isteri diikutnya. Isteri tentu sedar akan hal ini maka diambil kesempatan untuk mengarahkan suaminya, ikut ragam dan kerenahnya. Minta itu minta ini, arah itu arah ini. Kalau tidak dapat, merajuk, meragam dan merengek-rengek. Kalau kemahuannya tidak diikut dia mengugut hendak balik kampung atau minta cerai. Dia tahu suaminya tidak akan menceraikannya. Si suami pula kerana terlalu sayang, ikut saja. Bukan senang hendak dapat isteri cantik. Tetapi hati menderita. Bak kata orang, mata sedap hati sakit. Ibarat buah kepayang ditelan pahit dibuang sayang. Hal ini jarang berlaku pada wanita-wanita yang tidak cantik. Mereka tidak berani meragam sebab mereka tahu suaminya boleh menceraikannya, cari yang lain.
D. Kalau beristeri kaya,
suami akan jadi hamba, sebab si suami bersandar rezeki pada isteri. Isteri jadi bos, boleh buat apa saja arahan yang disukai. Oleh kerana rasa termakan budi, suami merasai tidak patut pula kalau tidak menurut arahan isterinya. Akhirnya diperhambakan isteri. Dalam keadaan itu suami akan rasa rendah dan hina diri dan tidak beranilah si suami berlaku sebagai ketua rumahtangga untuk mengarahkan itu dan ini. Maka akhimya isterilah yang jadi ketua rumah, jadi queen control. Jadual dan program isteri yang tentukan. Suami mengiyakan sahaja.
E. Kalau beristeri yang tidak kaya, tidak pandai, tidak tinggi jawatan, hanya biasa saja yakni setaraf dengan suami atau lebih rendah lagi tidaklah susah sangat suami dibuatnya .
Isteri itu terpaksa bersandar sepenuhnya dengan suami. Dan dia pula tidak boleh memberi apa-apa pada suami, dan dirasai suaminya lebih daripadanya, ada kekuatan dan keistimewaan. Maka mudahlah dia hormat dan taat. Selamatlah hati suami. Namun ketaatan ini bukanlah ketaatan yang suci murni, kerana dibuat dengan terpaksa. Yang mana kalaulah isteri itu kaya misalnya, nescaya dia turut menyusahkan suaminya juga. Ada waktu-waktunya isteri akan ingkar juga dengan suaminya, terutama di waktu suami ada salah silapnya. Iaitulah wanita yang tidak beriman yang selalu menyusahkan suami. Suami tidak rasa terhibur dengan isteri.
Rasa bahagia, mesra dan kasih sayang dengan isteri semakin hilang dari hari ke hari. Suami merasai lebih bahagia kalau berada di luar rumah atau jauh dari isteri. Setiap kali hendak balik ke rumah, suami cemas menanti apa pula ragam si isteri. Soalan apa yang akan ditanya. Apa pula yang akan dirungutkan, apa yang akan dimintanya. Panjang mana pula leter yang akan didengar. Semasam mana pula mukanya dan macam-macam lagi ragam dan kerenah yang akan dihadapi.
Pernah berlaku seorang suami tiba-tiba saja menghulur lima puluh ringgit pada isterinya.
Hadiah, katanya.
Hairan isterinya kerana kejadian yang tiba-tiba itu.
Hadiah apa ni?
Maka berkatalah suaminya, Hadiah kerana tadi ketika saya tiba ke rumah, awak sambut baik, tak tanya itu ini macam selalu.
Padaha1 biasanya kalau saya tidur di luar, pagi baru balik, awak tak gini. Sebab itu dalam perjalanan balik tadi saya sudah bimbang apa nak jadi. Rupa-rupanya awak sudah berubah. Itu pasal saya hadiah lima puluh ringgit.
Isterinya pun tersipu-sipu. Itulah cerita isteri yang sedang dididik dengan iman. Suami keluar dakwah, kadang-kadang tidak balik. Maka sedikit sebanyak sudah boleh menerima keadaan itu, boleh bersabar dengan ujian kesusahan. Tetapi kalaulah tidak dididik dengan iman, mustahil seorang isteri boleh bermanis muka dengan suami di waktu dia sendiri sedang berduka.
Isteri solehah akan sentiasa berfikir untuk memberi kebahagiaan kepada suaminya, dalam apa jua keadaan pun, akan sanggup mengorbankan dirinya untuk menghiburkan suami demi mengharap kasih sayang Allah dan syurga-Nya.
note : renung - renungkanlah dan selamat beramal...
..menu hari ini..
hehehe hari ini aku memasak.. nak tunjuk skill pada abg2 aku.. hehe utk pertama kalinya dalam hidup aku.. aku menyiang atau memotong ketam dengan menggunakan tangan aku nih.. macam xpercaya je.. pada mulanya abg aku soh masak ikan goreng jew.. aleh2 dia cakap masak ketam.. dia ingat adeq dia nih dah xpert sangat pe masak2 nih.. hehehe celah gigi la kalu aku taw masak semua.. hahahaha sepatutnye menu ari nih ketam goreng n ikan masak merah.. tapi aku mana la besa makan ketam goreng.. dah la xsedap.. pastu xpuas aku nak menikmati ketam tu.. ketam tuh febret aku wei.. hahaha so aku pun dah plan masak lemak cili padi.. hahaha tukar menu.. hehehe
mule2 nak potong ketam ni agak kalut gakla.. yelah.. aku 1st time potong kan.. mana la aku reti sangat.. hehehe so dengan berkat aku tgk2 mak aku potong ketam nih.. aku pun tunjukla skill aku.. hahaha yg kelakonye.. aku p potong ketam pakai pisau biasa.. hahahaha memang xmaw la.. pastu ketuk2 ketam dengan tangan sendiri.. hahaha memang saketla.. pastu tukarla next pisau.. pisau besar.. pergh.. sekali potong dah hancus... hahahaha so aku buatla slow motion.. hahahaha berjaya..
bile aku dah potong tangan2 mr.crab nih.. aku pun buang la ape2 yg patut.. siang ikan plak.. ikan bawal beso.. hahaha satu mr.fish satu lagi mrs.fish sebab ada telur dalam perut ikan tuh.. hehehe setakat ikan xda hal la.. jangan bagi ikan keli sudah.. hahaha then.. aku pun caling2 la mak aku nih.. cam ne nak masak.. ada plaks hamba Allah nih memandai2 je kasi idea sendiri... aku punye suka la nak call mak aku.. bile dah terputus.. dengan selamba dia cakap.. "ala senang je masak ketam nih.. sama je nak masak ayam.. " pergh dalam ati aku... aku ase nak cili2 je mulut minah nih.. then mak aku call balik.. bile mak aku call balik.. mak cakap jangan tumis.. so aku pun balas la balik.. "ha.. seb baek orang tipun mak.. kalu orang buat mcm masak ayam macam ne.. " terdiam minah td yang taw serba serbi..
memang cam bagus je pompuan tuh.. mule2 ckp nak masak ikan 3 rasa la.. aleh2 xnak masak soh aku goreng.. cakap nak lebey.. kalu korang dengar mesti korang berbulu la.. saket je tinge nih.. aku malas nak bisang2... bile xtenteram aku selawat mcm scandal aku penah nyanyi kat telinga aku.. leh plaks dia cakap.. ada mak nih tanyalah resipi mak tuh.. jangan jadi cam dia.. kalu xda mak susah.. aku cakapla.. ape guna kakak2.. yelah.. derang lagi makan garam dari aku.. so, aku yakin la derang lebih terel dari aku.. last2 aku bengang.. aku cakapla.. "td soh tipun mak.. kan saya dh tipun mak.. nak ape lagi??" terdiam dia.. padan muke dia.. hahahaha
aku pun masakla ketam seperti yg diberitahu mak.. dia pandai2 je nak tambah2.. ingat aku nak ikut??? silap la beb.. ko sape aku nak ikut cakap ko.. hahahaha aku tertinggal serai.. jadi aku tutup api dlu.. dia leh bebel2.. aku cakapla aku xnak owang komen bile aku masak.. telan je sedap xsedap.. yang aku xleh nak bla dengan minah sengal nih.. dia leh ajar aku cam ne nak melawan abg2 aku.. what the fcuk la pompuan tuh.. memang cam s*** la dia tuh.. bengang wei bile dia ajar cam tuh.. dia soh melawan2 cakap bile abg2 aku membebel.. aku pun selamba je cakap... "saya xberani nak melawan2 cakap derang.. derang tuh lagi tua dari saya.. kalu saya marah sekali pun saya buat muke then naik bilik.. tutup pintu.. xda la melawan2 cam tuh.. xberani nak buat.." dia leh cakap.. cakap je yg ko penat masak jangan nak membebel kat abg2 ko tuh.. pergh.. baru aku taw pompuan nih memang xlayak nak buat bini wei.. bile aku dah banyak kali cakap xnak.. dia leh sound aku.. "ko masak je.. jangan nak memekak2 kat sini.. kang aku ketuk kepala ko.." pergh.. memang cam k**** la.. aku pun sound balik.. "sape yg bercakap skrg nih.. saya diam je dari tadi.." ha.. amek ko.. even dia ckp gelak2.. xbermakna aku xterasa... memang aku terasala bile cakap macam tuh.. baru la aku taw dia n keturunan dia cam ne... memang kaki melawan.. padanla laki sendiri pun lawan.. naseb ko la kalu x cium baw syurga.. pers**** la sama ko.. hahahaha
aku pun masak cam besa.. sebab pompuan tuh dah naik atas.. sangat bagus.. tenang hidup aku.. leh masak dengan aman.. ooo0o0o yeah.. erm.. masa masak tuh banyak2 aku berzikir supaya menjadi.. alhamdulillah.. jadi beb.. soke la.. xsuperb la.. mak aku je masak superb.. hehehe dengan riang gembira.. jadi la seperti yg menu dikehendaki.. mr.crab masak cili padi, ikan bawal goreng and sedikit sayur sawi.. hahahaha tapi yang xleh nak bla.. aku xmakan lagi.. hahahaha aku kasi abg2 aku makan dlu.. memang dah biasa la.. kalu masak memang bukan aku yg makan dlu.. kasi orang lain.. hehehe
bile abg aku balik and tgk dia dah kenyang.. aku tgk dia senyum je.. xda pun kutuk2 masakan aku.. hahaha maknenya.. masakan aku berjaya kali nih.. yes yes yes.. aku gembira.. horayyyyy...... leh kawen dah pas nih.. teringat aku bile aku cakap kat mak aku.. "wah.. masak dah pandai.. leh la kawen pasnih.. mak carikan calon taw.. hehehe " mak aku selamba jawa.. "gatal..." hahaha setakat nak masak yg simple2 leh la.. nak masak nasi briani memang xla.. mane aku reti.. hahahaha
okelah.. setakat nih je aku corat coret tuk kali nih.. nak sambung wat keja sekolah plak... hehehe
k bye2..
wassalam...
Heal the world..
ha.. nih la lagu yg aku n rakan2 kena nyanyi depan2 orang ramai kat bestari hall nanti... hahaha memang xleh nk bla la.. mana taknye ramai wei.. hahaha sure kena harokla.. hahaha ramai gak kawan2 aku kaki harok aku.. hahaha xpela.. aku pun xkesah sangat.. hehehe lagu nih slow tp aku asekalu wat koir memang agak sesuaila sebabnye time part chorus tuh bile pompuan n laki bergabung akan terasa gah nye.. siyesla.. nih idea bodoh aku la tuk koir nanti.. hehehe
aku ke patut aku nak selit lagu "i hate this part right here".. memang lawakla.. dalam pale otak ni ada mcm2 gaya yg bley dibuat menerusi lagu nih.. hehehe bile endingla.. ni menunjukkan yg kite semua anti peperangan.. oke x bile cam tuh.. hehehe aku akan cube cari idea2 lain yg bernas yg leh menarik perhatian penonton.. aku akan lakukan ape sahaja demi pro comm.. hahahaha yelah sangat..
Heal the world by micheal jackson..
marah??
"Kemarahan manusia bermacam-macam. Sesetengahnya
lekas marah, lekas tenang dan lekas hilang. Sesetengahnya lambat marah,
lambat pula redanya. Sesetengahnya lambat akan marahnya dan lekas pula
hilangnya. Yang akhir inilah yg terpuji."
Tapi bagaimana Rasulullah saw apabila beliau marah? Kemarahannya adalah
kerana kebenaran, ertinya kerana kebenaranlah baginda melahirkan
kemarahannya. Tetapi dengan cara sopan, sesuai dengan do'anya ini,
iaitu:
"Aku pohonkan kepada Engkau kalimat
kebenaran pada masa marah dan suka."
Maksudnya, Rasulullah saw tidak berkata kecuali yg benar saja sama ada
waktu marah atau waktu tidak marah. Kemarahan Rasulullah saw kerana ada
perkara yg tidak disukai yg menyalahi dari yg benar sebagaimana yg
diajarkan agama atau yg terang-terang dilarang oleh agama.
[Kitab Matan al-Arba'in - Sheikh Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Syirfu
al-Nawawi]
Sunday, February 1, 2009
mcd delivery 24 jam ke??
hari ini baru aku nak paparkan blog aku pada orang ramai.. kalu x, jangan harapla.. aku sorang je yang baca n tulis menda2 karut nih.. hehehe macam besa.. bile dah appearkan blog aku nih.. kena bahan la dengan kawan aku.. aku dah agak dah.. tapi xpe.. kejap je dia bahan aku... nanti cam besala.. hehehehe
Erm.. aku xtaw nak tulis ape.. td memang xleh bla la.. aku ada order mcd.. kunun2 nak wat delivery.. tapi hampeh.. delivery takat kul 9pm je.. mana x aku hangin.. kata mcd sampai 24jam.. bile aku order xleh nak delivery plaks.. dengan penuh semangat.. aku pun tunggula... aleh2 orang mcd call balik kata xleh nak delivery.. pergh.. dah la lapo... xleh nak delivery plak.. dengan selamba aku pun sound.. "kata delivery sampai 24jam.. aleh2.. xleh nak delivery.. ape cer?? memang patotla kena boikot.." hahahaha kesian dia.. bile aku tanya kak ipar aku balik.. dia tergagap2 nak jawab.. hahaha
kesian kan.. sape soh.. aku dah lapo.. seb la.. last2 aku order la pizza hut.. seb bek delivery bley disaat2 aku kelaparan.. hahaha kalu x.. habeslah mamat tue kena sound dengan aku.. nak kata aku malas.. xjugak malas.. kalu aku rajen.. selalu gak la masak.. tp tuh la.. barang2 keperluan nak masak xmencukupi.. transport pun xda.. jadi terpaksala memendam rasa nak makan...
bile dah sampai pizza aku tuh.. ape lagi.. melantak puas2 la.. pizza febret aku.. hawaii chicken.. hehehe pergh.. nenas tuh yang best sebenarnye.. hehehe pergh.. memang aku makan mcm orang xmakan sebulan la.. hahaha mana xnya.. td aku masak nasi goreng.. then aku makan.. aku leh muntah pastu plaks.. hahahaha lawak kan.. xkan nak racun diri sendiri plaks.. hahahaha mungkin aku xbesa kot dengan masakan yang aku buat.. selalu tuh kakak aku je yg buat.. hehehe aku taw makan jew.. hahahaha
pas kenyang melantak.. aku pun tgk la cte congkak.. memang first time la tengok.. sebab aku bukan kaki wayang.. so tgk je la dengan kak ipar aku.. jalan cte hamper sama dengan cte jangan pandang belakang.. yang jadi hantu pun sama.. hehehe memang lawakla.. ingatkan owang laen.. tp sama jew.. mungkin market yang nak jadi hantu tuh sepadan kot dengan owang tua tuh.. hahaha jahat punye statement.. hehehe xbaek oke.. hehehe
k la.. aku nak sambung wat keja lain plaks la... ada masa aku sambung lagi corat coret kat sini.. hehehe k take.. bui2..
hari wilayah..
hehehe sok aku coti.. hari wilayah.. wah.. sangat seronok.. mana aku xseronok.. kelas profesional communication kelas 2 masa selalu xda.. 3 minggu berturut2.. hahahaha minggu depan pun coti gak sempena thaipusam.. hahaha seluruh warga kelas pro comm kelas L02 amat gembira bile dengar kelas cuti... nak training xda hal.. aku every friday memang dah coti.. so leh wat praktis.. 4 hari coti berturut2 aku coti.. 3 minggu berturut2 plaks tuh.. hahahaha memang amat menyeronokkan.. hahahaha
bukan bermakna aku suke ponteng kelas or aku xsuka datang kelas.. cuma kelas nih agak stress sket.. aku taw la blaja professional communication.. tp xbermakna xleh nak cakap dalam bm langsung.. ni kelas dengan datin nih xleh cakap malay.. terpaksalah aku tulis2 surat dengan kawan aku.. datin tuh pandang jela.. hehehe kawan aku yg pandai pun agak stress dengan kelas pro comm nih.. inikan aku.. hahaha bayangkan sepatah ayat kite cakap bm akan dikenakan RM1 per word.. pergh.. aku dah penah kena wei.. masa tuh aku nak present.. aku terlupa n aku tersebut.. "ape eh.." budak2 kelas aku dah gelak2 je.. hahahaha oke intan.. ape eh.. Rm2 please after this.. hahahaha nak xnak kasi je la.. even aku taw dia tuh cam kebut and lupe.. aku kasi jelah.. aku harap sangat dia betul2 wat charity duet aku tuh.. hahahaha bayangkan.. sebut ya allah pun kena RM2.. too bad oke.. kena sebut oh my god~~!! ceh.. english sangat pun xleh gak.. hahaha
betul kata kawan2 lain.. bile kelas dia umpama amek masa mcm 4 crdt hr.. padahal 2 jew crdt hr.. hahaha speech lagi nak kena siyapkan.. pastu ada concert plaks.. aduyai.. speech kena record by video cam then kasi kat dia.. xtaw la cam ne bentuk present aku nanti.. bab concert plaks... aku masuk nyanyi.. ada ke patut masa mule2 nak wat group antara poem n nyanyi dia soh nyanyi then dia akan decided group mana yg dia akan letak.. siyot jew.. bile dah berontak barula dia cakap "who want poem raise up ur hand.." aku confirm terang2 la xnak.. baek aku nyanyi.. hahahahaha sangat seronok.. memang febret aku nak nyanyi.. hahahaha tapi kena pk balik.. aku kena nyanyi depan2 owang ramai tuh.. kat bestari hall aku punye dewan kat kampus.. memang gegel pale lutut aku.. semua owang tgk.. hahahaha lagu yg kite owang pilih "HEAL THE WOLD" by micheal jackson.. hahaha cam ne la nantikan.. sekarang nih aku ngah menghafal lagu nih.. t nak kena nyanyi.. hehehe saksikanlah persembahanku nanti.. hehehe erm...
kali ni banyak plaks keja sekolah kena buat.. esspecially java.. pergh.. mana la aku reti wei.. nak xnak terpaksalah wat air kopi.. hahahaha aku teringat bile datin tuh cakap.. "when u cheating, u not going anywhere.." pergh.. memang mendalam la.. dah lah sem aku nih sem programming.. leh rosak otak aku nih.. hahahaha k la.. nak mandi jap la.. pasnih nak solat.. hehehe nak mencari sebuah ketenangan... kalu rajen jap agi.. aku ngaji plaks.. ekekekee k la.. tata.. wassalam..
note : aku rindu kawan2 aku masa diploma dlu... :(
teringat masa2 dip dulu.. gaduh xingat duniala.. selalu sangat bergaduh.. hahahaha tapi semua tuh kenangan.. bile kite dah xbersama.. kenangan tuh la yang kite rindukan sekarang nih.. bile kita kembali bersama.. kite ingat kembali semua tuh.. pasti semua akan tertawa.. tapi bilakah kita akan kecapi semua itu.. aku rindukan kalian.. rindu sangat2...