~..The future belongs to those who believe in the beauty of their dreams..~

.. sila tinggalkan jejak..

Sunday, July 25, 2010

..berubahlah..


hurmmm.. aku perlu berubah.. tak perlu menangisi setiap saat.. tak perlu aku sedih setiap detik.. aku perlu kuat.. aku perlu kuat untuk harungi hidup ini.. ini baru permulaan.. mungkin lepas nih ada lagi derita yang lebih hebat perlu aku lalui.. aku kena kuat.. kalau aku lemah, nanti aku tersungkur.. tabah ya diri.. kuatkan semangat ya hati.. jangan pernah mengalah.. inilah lumrah dunia.. dunia yang fana untuk kita kecapi.. mungkin lepas nih ada lagi sinar untukku mencari sebuah kebahagiaan dan kegembiraan.. andai begini takdir ku, aku perlu redha.. biarkan ia berlalu dan akhirnya akan hilang sendiri..


mungkin lately nih aku akan berubah secara mendadak.. tapi aku xnak kasi ketara.. aku akan jadi seperti biasa even hati aku terluka dan berdarah lagi.. jangan hanya kerana itu, aku lupa segala2 nya ape yang aku ada.. walau hati aku terluka, aku masih lagi ada sebuah keluarga yang menyayangi aku.. yang memahami aku.. kawan2 yang mengerti dan membantu menggembirakan aku.. thanks to my housemate, sebab walaupun aku dah mcm org tak betul korang taw ape yang patut dan ape yang tidak kalian lakukan.. maafi aku kerana bersikap sedemikian.. aku cube untuk mengawal semuanya sebaek mungkin.. kalian lah keriangan aku, kalian jugalah semangat aku.. walau aku sedih meratapi kesedihan ini sendiri, aku tetap akan gembira mendengar kalian ketawa.. aku mahu turut serta tapi aku tak mampu.. kesedihan aku membatasi segalanya.. suatu hari nanti aku pasti akan turut serta tanpa ada rasa sedih sebegini lagi..

esok kena g shah alam.. kena sign borang ape tah.. aku ikutkan je.. after lunch, aku akan datang opis balik.. aku harap kelukaan hati aku akan sembuh secepat yang mungkin.. aku penat untuk meratapinya.. hurmm..

berubah ya qaseh.. berubah lah demi masa depan.. jangan ditangisi lagi dengan pemergiannya.. kelak kau yang rugi.. pasti ada yang lebih baek menanti.. bukan niat aku menyatakan keburukkannya.. cuma aku kesal dia lambat bertindak.. bila rasa itu pergi, tak guna dah datang pada aku.. sebab semua itu dah hilang.. mungkin akan ku kunci pintu hati ini serapat yang mungkin agar tiada siapa yang boleh bukanya.. andai terpaksa.. aku akan turuti.. semoga hari esok, hati ini takkan resah lagi.. aku harap begitu.. erm.. dah la.. xnak layan sedih.. aku nak rehatkan diri secukup yang mungkin.. penat untuk menangis.. jika lihat aku menangis, nasihati aku.. "sila berhenti menangis.." hurm.. okelah.. daa..

No comments: