Bertanyakan pada hati..
Adakah masih mahu menerima.?
segalanya sudah terbukti..
Masih mencari, tapi tak tahu dimana..
Sedangkan hati ini masih kosong..
Minda yang bercelaru..
Mampukah aku berfikir dengan tenang.?
Sedangkan aku tahu jawapannya pasti akan keliru..
Oh Hati..
Janganlah biarkan aku sendiri..
Aku tak mampu melewati hari - hari sepi sendiri..
Kau pasti tahu aku akan mati!!
Hebatnya dugaan didunia..
Tuhan.. Bawalah aku kesana..
Kekal abadi dan jauh dari alam yang fana..
Supaya aku gembira selamanya disana..
Andai ini takdirnya..
Aku akan cuba menerima..
Walau separuh dari hati ini merana..
Dan aku mengharapkan ada keajiban yang wujud menanti aku disana..
Tabah ya diri..
Jangan lagi menangisi,,
Meratapi, merintih setiap hari..
Kelak kau yang rugi..
Hati pasti akan menemani walaupun sunyi..
Suatu hari nanti, pasti bahagia akan ku temui..
No comments:
Post a Comment