Aku cube lelapkan mata tapi tak berjaya.. fikiran aku bercelaru.. memikirkan sesuatu yang tak pasti lg dlm hidup aku.. perlukah aku menjerit kepada dunia agar mereka2 itu memahami isi hati aku? membantu menyapu titisan2 yang mengalir? tak perlu semua itu.. aku sendri mampu menyapunya.. walaupun lambat, ku pasti akn lakukan sendiri.. berbicara pada diri, apa yang harus aku lakukan? mencari jawapan yang sering kali aku nantikan.. walaupun sering kali kecewa tapi aku masih lagi bersabar.. menanti dan terus menanti sesuatu yang tak pasti sehingga menyakitkan diri sendiri.. hebatnya dugaan dunia.. keindahan yang aku nantikan belum lagi aku perolehi.. tetapi kesakitan dan kesengsaraan yang aku rasai.. perit untuk aku terima semua nih.. kenapa dan kenapa?? aku bungkam.. aku buntu.. mengapa perlu terjadinya semua ini?? aku malu.. mana nak aku sorokkan muke nih pada dunia?? hurmm.. aku sedih.. hati aku pilu.. blog aku menjadi teman kesedihan aku di saat nih..
erm.. telah aku cube terangkan.. namun aku tak dapat respond ape2 pun.. penat aku menanti, aku tak perolehi sebarang hasil.. saban hari aku menanti sebuah jawapan tapi hampa.. dan aku terus menanti..
menanti sesuatu yang tak pasti lagi.. kenapa aku perlu menanti semua itu? bodohnya diri ini.. pernah dia mengetahui ape yang tersirat dihati? pernahkah dia fahami ape yang aku cube mahukan.. aku bukan mendesak.. aku bukan manusia yang kejam.. aku cuma bertanya dan aku mahukan jawapan.. tu ja.. salahkah aku bertanya?? salahkah?? aku sering menantikan jawapan.. dan jawapan yang aku dapat "aku manusia yang suka mendesak.." hancur luluh hati aku bila dengar penjelasan yang sepatutnya aku dapat suatu ketika dahulu.. tak perlu tanya bagaimana luluh hati aku.. aku sedih.. sangat2.. sumpah aku sedih.. aku ase give up.. aku termenung dengan ape yang aku perolehi.. selama ni aku bersabar untuk menantikan jawapan, ini hasilnya.. hanya yang mampu aku ucapkan.. "terima kasih.." hebatnya jawapan yang aku perolehi.. aku terkesima.. menangis dalam senyuman.. moga hati aku tabah untuk menerima sebarang kata2 pada diri ku lagi..
tak perlu aku jelaskan bagaimana cara aku mengambil berat tentang kamu.. tak perlu.. sebab kite tak pernah pun bersua muka.. yang pasti aku ada hati yang mampu mendoakan kamu..
kalu rasa hati aku hilang, tiadalah doa yang sampai.. tak perlulah kau mengetahui cara aku menyayangi seseorang dalam hidup aku.. sesungguhnya, rasa kasih sayang itu hadir tanpa dipaksa.. tak perlu kau risau tentang aku.. kerana yang pasti aku tak pandang mana2 lelaki selain kamu.. bukan kerana harta benda yang kamu perolehi.. tapi kerana ape yang aku dengar dari pihak yang boleh dipercayai.. bagaimana harus aku jelaskan semua ini kepadanya?? dengan menjerit kepada dunia?? ah.. tidak.. aku bukan begitu.. aku seorang yang lemah dan mudah mengalah..
aku always jump to conclusion? yes.. sebab aku tak pernah dapat jawapan dari kamu selama2 ini.. pernah kamu jelaskan pada aku?? knp perlu duga hati aku?? aku selalu mengingatkan diri aku bila aku memikirkan diri kamu.. aku sering mengalah.. perbezaan antara kamu dengan aku amat ketara.. pernahkah terfikir.. aku diajar supaya utk mengingati diri sendiri sebelum melakukan sesuatu.. aku mengaku aku sering berubah fikiran.. cepat bertindak melulu.. sebab ape?? sebab aku tak pernah dapat jawapan yang aku nantikan.. pernah ke tahu betapa seksanya pernantian tuh?? pernah ke?? rasanya bagai seperti aku menolak untuk berjumpa dengan kamu.. mungkin tidak.. kalau aku seorang yang tidak sabar, pasti nama kamu tidak lagi terucap di bibir aku.. pasti wajah kamu tidak berada diingatan ku.. aku seolah2 hidup dialam aku sendiri.. sendirian.. seolah bermonolog bila menantikan jawapan.. seolah2 penipu yang meminta kemaafan dari batu.. mmg tak kan dapat jawapanlah kan..
perlu ke aku jelaskan pada dunia apa yang aku rasakan?? aku rasa semua dah terlambat kerana aku seorang mendesak.. akanku simpan dalam hati aku oke.. aku xkan pernah memusuhi kamu.. rasa pada hati ini tentang kamu tiada sorang pun yang tahu.. aku tak mahu mereka tahu ape yang aku rasakan.. pernahkah aku menolak kamu?? semestinya tidak.. cuma aku seorang manusia yang takut dengan kenyataan.. takut berhdapan dgn manusia yang.. hurrmm.. tak pernah aku rasa seperti ini bila dengan yang laen.. kalau ada pun, hanya seketika.. esok lusa okelah.. tapi dengan kamu nafas hampir terhenti.. minda dah mula tak boleh berfungsi.. haha lawaknye.. cukuplah bicara tentang kamu disini.. aku cuma mahukan yang terbaek dalam hidup aku dan kamu..
aku berharap hati ini takkan sedih, tiada lagi titisan yang mengalir.. aku cuba semula langkahku ini sendirian tanpa kamu oke.. jawapan yang aku nantikan, mungkin aku dah perolehi.. terima kasih yea.. untuk kamu, semoga jumpa dengan yang lebih baek, yang tak suka mendesak n yang suka jump to conclusion bila ada masalah.. yang pasti, jangan lagi buat seseorang itu ternanti2 seperti aku.. kalau aku seorang yang pendesak, 2thn yang lepas pasti sudah aku ketemu kamu.. pasti sudah ada ikatan antara kamu dengan aku.. haha lupakan oke.. yang pasti aku bukan seperti yang kamu sangkakan.. xpela.. pasti ada hikmah disebalik kejadian.. aku yakin tentang itu..
kepada insan yang dimaksodkan.. maafi aku.. kata2 maaf tidak pernah lekang dr mulut aku walau aku pernah rasa dimaafkan.. aku cuma mahukan penjelasan.. ya.. tapi itu dulu.. penjelasan yang hampir setiap hari aku tunggu.. erm.. xpelah.. jaga diri oke.. banyakkan rehat.. kerja jangan kuat sangat.. semoga hari esok adalah yang terbaek dari hari ini.. erm.. tak perlu kot nak berleter panjang2 kat sini.. huhu
mata dah berat.. tp still xleh tedo.. kepala dah mula berdenyut.. nafas semakin perlahan.. hurrrmmmmmm.. kuatkan diri dan hati ini ya Tuhan.. aku mahu bernafas lagi..
No comments:
Post a Comment