A. Kalau isteri berjawatan tinggi atau seorang yang terkenal maka rumahtangga mereka akan berada dalam keadaan:
1. Suami sering merasa hina diri (inferiority complex) terhadap isteri.
Isteri tidak melayannya dengan sepatutnya, maklumlah sibuk dengan tugas dan sibuk melayan orang lain. Suami selalu tinggal sendiri. Kalau isteri ada di rumah pula dia merasai berhadapan dengan orang besar, yang dihormati ramai, maka masakan mudah baginya untuk mengajak isteri bermesra-mesra dan melayannya dengan baik. Kerana itu hiduplah suami dalam keadaan kesunyian selalu dengan rasa rendah diri. Kebahagiaan bersuami isteri dan berkasih sayang tidak akan terasa lagi.
2. Oleh kerana isteri biasa mengarah-arahkan pekerja bawahannya atau orang ramai maka tentu dia terbawa-bawa ke rumah, yakni suka mengarah suaminya. Apa lagi kalau suaminya berjawatan kecil, sepertilah orang bawahannya. Maka dalam keadaan apa pun suami, akan rasa hina diri. Mengalah sajalah suami. Ikut sahaja apa isteri kata. Kalau pun kadang-kadang ia tidak suka dengan perkara itu, ditekan-tekan rasa. Pendeknya jadual rumahtangga akan diatur oleh isteri.
Kita balik kampung bang.
Kita keluar bang.
Malam ini jangan kacau I bang, I letihlah, dan sebagainya.
Bila suami ajak ziarah emak di kampung, dia jawab, Saya ada mesyuarat esok, tak boleh cuti!
Kadang pula suami ajak pergi kenduri kahwin, dijawab, I ada appointment petang ni.
Sewaktu-waktu pula suami ajak ke bilik tidur dia jawab, I nak siapkan speech untuk esok. Abang masuklah dulu!
Isteri jadi tuan. Suami jadi khadam. Orang yang tidak tahu mereka itu suami isteri akan menyangka suami itu orang gajinya.
3. Isteri sentiasa keluar. Siang keluar, malam keluar. Bila balik, sudah letih. Maka suami akan menjadi orang bujang. Ada isteri macam tidak ada isteri. Sebab dia tidak dapat miliki isteri itu. Hanya boleh dipandang-pandang, boleh dipegang-pegang sekali-sekali. Tetapi tidak boleh dikawal mengikut kehendak suami.
4.Oleh kerana isteri ada jadual sendiri dan ada pandangan sendiri, maka selalunya arahan suami akan dibahas dan dipertikaikan. Suami jarang merasai isterinya taat padanya. Pun jarang si isteri meminta keizinannya untuk melakukan sesuatu.
5. Isteri tidak rasa bersandar hidup dengan suami. Biasanya seorang isteri bergantung hidup, nafkah dan tanggungjawab pada suami. Tetapi kerana isteri berjawatan, ia rasa lebih dari suaminya, maka isteri tidak lagi bersandar pada suami. Ia tidak memerlukan apa-apa dari suaminya; tiada istimewa dan tidak ada kelebihan apa-apa untuk dia bersandar hidup. Hatta kalau suaminya menceraikannya pun dia tidak rasa bimbang apa-apa. Maka dia berani buat apa yang disukainya terhadap suaminya.
B. Kalau isteri lebih pandai dari suami maka:
1. Isterinya akan membuatkan suami sentiasa rasa hina diri dan rendah diri, kerana isterinya akan banyak mengajarnya. Bukannya suami mendidik isteri tetapi berlaku sebaliknya. Kalau suami buat apa-apa yang silap atau tidak tepat selalulah kena komplen atau diketawakan oleh si isteri. Hendak marah atau hendak merajuk pun takut pula kena leter dengan isteri, maklumlah isteri bijak. Al hasil suami sentiasa rasa diperkecil-kecilkan oleh isteri. Dirasa dirinya sentiasa rendah di samping isterinya. Kasih sayang dan kebahagiaan yang layak bagi seorang suami tidak dapat dirasainya lagi.
2. Isteri tidak yakin dengan sikap, cakap dan arahan suami, maka dengan sebab itu dia tidak boleh taat pada suaminya. Kalau taat pun hanya atas dasar patuh.
3. Isteri berani untuk mengarah, menentang dan marah-marah pada suami. Si suami pula, kerana selalu rasa dikalahkan, tidak akan boleh mengawal keadaan begini, maka terjadilah suami mengikut kata isteri, suami ikut cakap isteri. Hidup suami diatur oleh isteri.
4. Suami tidak akan memberi apa-apa maklumat dan tunjuk ajar pada isteri, disebabkan dia rasa malu pada isterinya yang lebih pandai darinya. Oleh kerana kebiasaan isterinya menyanggahnya maka dia bimbang kalau-kalau maklumat atau ceritanya akan disanggah lagi atau dipandang kecil oleh isteri. Kerana itu selalunya isterilah yang banyak cakap, suami menurut saja. Ertinya suami belajar dengan isteri.
5. Kemuncak dari itu, ialah suami takut untuk membuat arahan atau permintaan pada isteri. Tegasnya suami akan takut pada isteri.
C. Kalau beristeri cantik dan isteri sedar dan bangga dengan kecantikannya,
maka suami akan selalu kalah dengan kehendak isteri. Si suami pula suka akan kecantikan isteri, dia menyayangi isterinya atas dasar isterinya cantik. Maka jadilah keadaan di mana segala kehendak isteri diikutnya. Isteri tentu sedar akan hal ini maka diambil kesempatan untuk mengarahkan suaminya, ikut ragam dan kerenahnya. Minta itu minta ini, arah itu arah ini. Kalau tidak dapat, merajuk, meragam dan merengek-rengek. Kalau kemahuannya tidak diikut dia mengugut hendak balik kampung atau minta cerai. Dia tahu suaminya tidak akan menceraikannya. Si suami pula kerana terlalu sayang, ikut saja. Bukan senang hendak dapat isteri cantik. Tetapi hati menderita. Bak kata orang, mata sedap hati sakit. Ibarat buah kepayang ditelan pahit dibuang sayang. Hal ini jarang berlaku pada wanita-wanita yang tidak cantik. Mereka tidak berani meragam sebab mereka tahu suaminya boleh menceraikannya, cari yang lain.
D. Kalau beristeri kaya,
suami akan jadi hamba, sebab si suami bersandar rezeki pada isteri. Isteri jadi bos, boleh buat apa saja arahan yang disukai. Oleh kerana rasa termakan budi, suami merasai tidak patut pula kalau tidak menurut arahan isterinya. Akhirnya diperhambakan isteri. Dalam keadaan itu suami akan rasa rendah dan hina diri dan tidak beranilah si suami berlaku sebagai ketua rumahtangga untuk mengarahkan itu dan ini. Maka akhimya isterilah yang jadi ketua rumah, jadi queen control. Jadual dan program isteri yang tentukan. Suami mengiyakan sahaja.
E. Kalau beristeri yang tidak kaya, tidak pandai, tidak tinggi jawatan, hanya biasa saja yakni setaraf dengan suami atau lebih rendah lagi tidaklah susah sangat suami dibuatnya .
Isteri itu terpaksa bersandar sepenuhnya dengan suami. Dan dia pula tidak boleh memberi apa-apa pada suami, dan dirasai suaminya lebih daripadanya, ada kekuatan dan keistimewaan. Maka mudahlah dia hormat dan taat. Selamatlah hati suami. Namun ketaatan ini bukanlah ketaatan yang suci murni, kerana dibuat dengan terpaksa. Yang mana kalaulah isteri itu kaya misalnya, nescaya dia turut menyusahkan suaminya juga. Ada waktu-waktunya isteri akan ingkar juga dengan suaminya, terutama di waktu suami ada salah silapnya. Iaitulah wanita yang tidak beriman yang selalu menyusahkan suami. Suami tidak rasa terhibur dengan isteri.
Rasa bahagia, mesra dan kasih sayang dengan isteri semakin hilang dari hari ke hari. Suami merasai lebih bahagia kalau berada di luar rumah atau jauh dari isteri. Setiap kali hendak balik ke rumah, suami cemas menanti apa pula ragam si isteri. Soalan apa yang akan ditanya. Apa pula yang akan dirungutkan, apa yang akan dimintanya. Panjang mana pula leter yang akan didengar. Semasam mana pula mukanya dan macam-macam lagi ragam dan kerenah yang akan dihadapi.
Pernah berlaku seorang suami tiba-tiba saja menghulur lima puluh ringgit pada isterinya.
Hadiah, katanya.
Hairan isterinya kerana kejadian yang tiba-tiba itu.
Hadiah apa ni?
Maka berkatalah suaminya, Hadiah kerana tadi ketika saya tiba ke rumah, awak sambut baik, tak tanya itu ini macam selalu.
Padaha1 biasanya kalau saya tidur di luar, pagi baru balik, awak tak gini. Sebab itu dalam perjalanan balik tadi saya sudah bimbang apa nak jadi. Rupa-rupanya awak sudah berubah. Itu pasal saya hadiah lima puluh ringgit.
Isterinya pun tersipu-sipu. Itulah cerita isteri yang sedang dididik dengan iman. Suami keluar dakwah, kadang-kadang tidak balik. Maka sedikit sebanyak sudah boleh menerima keadaan itu, boleh bersabar dengan ujian kesusahan. Tetapi kalaulah tidak dididik dengan iman, mustahil seorang isteri boleh bermanis muka dengan suami di waktu dia sendiri sedang berduka.
Isteri solehah akan sentiasa berfikir untuk memberi kebahagiaan kepada suaminya, dalam apa jua keadaan pun, akan sanggup mengorbankan dirinya untuk menghiburkan suami demi mengharap kasih sayang Allah dan syurga-Nya.
note : renung - renungkanlah dan selamat beramal...

No comments:
Post a Comment